Personal Class – Wan Norma Yusoff

24 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

23 Januari 2020 – Sebelum ini, pada 11 Januari yang lalu, Puan Wan Norma Yusof telah hadir untuk belajar secara pensendirian tentang cara-cara membuat Pendaftaran Perniagaan di SSM, Permohonan Lesen Bomba untuk premis dan Pendaftaran Pertubuhan di eROSES. Hari ini beliau hadir lagi sekali untuk belajar dan menyiapkan Pendaftaran Pertubuhan NGO –Prihatin PD.

Memandangkan pendaftaran Pertubuhan ini memerlukan banyak butiran yang penting, maka ianya mengambil masa yang agak lama dalam menyiapkannya. Norhapidah Mokhtar (AM PI Linggi) selaku pengajar telah membimbing Puan Wan Norma Yusof mengisi segala butiran yang dikehendaki. Antara yang diajar ialah, mengisi maklumat ahli, kewangan dan perlembagaan. Kelas persendirian ini mengambil masa selama 3 jam dari pukul 2 petang – 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali